TIPS AWET MUDA!!!

Antioksidan melambatkan proses penuaan


Antioksidan didefinisikan sebagai zat yang dapat melewatkan proses oksidasi dalam badan.
Oksidasi adalah reaksi kimia membabitkan pengikatan oksigen, pelepasan hidrogen atau elektron.
Secara umumnya, bahan perosak tubuh bertindak ke atas sel. Bahan ini masuk ke dalam tubuh manusia melalui pemakanan. Makanan mempunyai pengawet dan pewarna akan menyebabkan sel tubuh rosak. Bahan cemar ini dinamakan oksida atau radikal bebas.

Faedah antioksidan
Apabila masuk ke dalam tubuh, ia akan bertindak kepada sel dan menukar sel boleh rosak. Sel yang rosak dipanggil sebagai mutasi.
Sel yang mengalami mutasi bersifat ganjil. Ia mempunyai jangka hayat yang panjang dan mampu membiak dengan cepat. Ia boleh bergerak dalam darah dan menuju ke organ badan sehingga menyebabkan kanser.
Kanser boleh menyebabkan kegagalan fungsi organ dalam tubuh dan membawa maut. Sesetengah orang mempunyai genetik untuk mendapat kanser. Ketahanan tubuh yang lemah sebenarnya dapat diperbaiki jika jumlah antioksidan wujud di dalam darah.


Antioksidan boleh diperoleh daripada buah-buahan dan sayur-sayuran.
  1. Antioksidan daripada vitamin Vitamin C boleh diperoleh daripada buah-buahan, manakala vitamin E daripada minyak.
  2. Antioksidan daripada kumpulan enzim SuperoksidaDismutse(SODs), katalase dan peroksidase. Antioksidan karotenoid seperti likopen dan karoten banyak terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran.
  3. Antioksidan daripada polifenol. Sumber polifenol boleh didapati dalam teh, kopi, buah-buahan, minyak zaitun dan kayu manis.
  4. Antioksidan semula jadi Glutathione adalah bahan semula jadi boleh ditemui dalam buah-buahan seperti epal dan manggis.

Saintis percaya, kehadiran radikal bebas boleh mengancam kesihatan dan menjadi penyebab utama kepada pelbagai masalah penyakit kronik.
Kehadiran radikal bebas juga membimbangkan kerana ia dikatakan boleh mempercepatkan proses penuaan dan meningkatkan risiko penyakit seperti jantung, strok, kencing manis, artritis serta kanser.
Saintis menganggarkan, lebih 10,000 radikal bebas menyerang sel badan setiap hari. Radikal bebas ialah atom atau molekul yang sangat aktif dan tidak stabil kerana mempunyai elektron tidak berpasangan dalam strukturnya.
Untuk menjadi stabil, atom atau molekul ini perlu mendapatkan elektron. Caranya ialah dengan 'mencuri' elektron daripada molekul lain dan molekul ini pula kemudian akan menjadi radikal bebas kerana ia tidak lagi stabil.
Bagi mengembalikan kestabilannya, molekul kedua ini akan mencuri elektron daripada molekul lain dan proses ini akhirnya akan membentuk rantaian radikal bebas.
Rantaian reaksi spontan ini akan menyebabkan kerosakan fungsi sel dan boleh membawa kepada kematian awal sel berkenaan.

-kredit BH online

Comments